4.8 C
New York
Friday, November 15, 2024

PLUS aktifkan laluan Smartlane di 21 lokasi terpilih antara 30 Okt-4 Nov 2024 sempena Deepavali


PLUS aktifkan laluan Smartlane di 21 lokasi terpilih antara 30 Okt-4 Nov 2024 sempena Deepavali

Klik untuk besarkan

Sempena dengan cuti perayaan Deepavali yang bakal disambut pada Khamis ini (31 Okt), PLUS Malaysia Berhad akan mengaktifkan laluan Smartlane di 21 lokasi tumpuan trafik di lebuhraya kendaliannya bagi tempoh di antara 30 Oktober hingga 4 November 2024.

“Ketika Smartlane diaktifkan, lorong kecemasan yang sedia ada dibuka sebagai laluan tambahan untuk mengoptimumkan penggunaan semua laluan dan meningkatkan kapasiti lorong di laluan kritikal lebuhraya.​
Sila rujuk infografik yang disediakan untuk panduan, lokasi, tarikh serta masa pengaktifan dan kerjasama anda untuk merancang perjalanan amat dihargai,” kata PLUS​.

Bagi wilayah utara, ia melibatkan laluan Sungai Petani (selatan)-Hentian Sebelah Tikam Batu, Bukit Tambun-Plaza Tol Juru (arah utara) dan Bandar Cassia-Hentian Sebelah Sungai Bakap (selatan).

PLUS aktifkan laluan Smartlane di 21 lokasi terpilih antara 30 Okt-4 Nov 2024 sempena Deepavali

Manakala untuk wilayan tengah, ia melibatkan 11 lokasi iaitu Gua Tempurung-Gopeng (arah utara), Slim River-Sungkai (utara/selatan), R&R Rawang-Sungai Buaya (utara/selatan), Setia Alam-Shah Alam (utara), susur keluar Petron NKVE-Subang (utara), Nilai-R&R Seremban (selatan), Putra Mahkota-Southville (utara), Restoran Jejantan USJ-Seafield (utara), Bandar Saujana Putra-Putra Top (utara), susur masuk dari Lebuhraya MEX ke Lingkaran Putrajaya/Cyberjaya (selatan).

Untuk wilayan selatan pula, laluan yang terlibat ialah Port Dickson-Seremban (utara), Ayer Keroh-Hentian Sebelah Kampung Bemban (selatan), Kulai-Senai (selatan/utara), Desa Palma-Pasir Gudang (selatan) dan Pandan-Kempas (utara).

Anda boleh rujuk jadual di atas untuk mengetahui lokasi yang lebih tepat, jarak laluan Smartlane dibuka dan juga tempoh masa yang ditetapkan.

PLUS aktifkan laluan Smartlane di 21 lokasi terpilih antara 30 Okt-4 Nov 2024 sempena Deepavali

Klik untuk besarkan

Seperti amalan yang dimulakan sejak Mac lalu, PLUS bertindak melakukan beberapa peningkatan bagi laluan Smartlane ini seperti tambahan papan tanda.

Satu kilometer sebelum SmartLane ini dibuka diletakkan satu papan tanda, diikuti satu lagi dalam 500 meter sebelumnya, satu papan tanda peringatan setiap 500 meter dan papan tanda tamat. Kemudiannya, PLUS juga meletakkan lampu hijau berkelip pada papan tanda laluan SmartLane ini sebagai tanda ia boleh digunakan.

Sebagai persediaan berhadapan dengan peningkatan jumlah trafik yang tinggi sempena perayaan Deepavali ini, PLUS juga telah membuat persiapan rapi. Antaranya termasuklah menempatkan kira-kira 1,500 kakitangan untuk bantu operasi di plaza tol, lebih 1,000 lorong tol beroperasi, lebih 500 jumlah keseluruhan anggota rondaan PLUSRonda dan LPT2Ronda, serta membuka semua kemudahan tandas awam, surau dan stesen minyak di R&R yang dibuka 24 jam.

PLUS aktifkan laluan Smartlane di 21 lokasi terpilih antara 30 Okt-4 Nov 2024 sempena Deepavali

Untuk mengetahui jadual cadangan waktu perjalanan bagi Lebuhraya Utara-Selatan dan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), pengguna boleh menyemaknya menerusi aplikasi PLUS. Ia bagi memudahkan lagi anda merancang perjalanan untuk pulang ke kampung halaman mahu pun ke destinasi pilihan.

Semalam, Kementerian Kerja Raya juga telah mengumumkan pemberian kadar tol secara percuma kepada kenderaan Kelas 1 (persendirian) sahaja pada 29-30 Oktober 2024. Di mana pemberian kadar tol percuma ini akan diberikan di semua plaza tol kecuali di sempadan negara, iaitu Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Plaza Tol Tanjung Kupang, Johor. Walau bagaimana pun, semua pengguna lebuhraya diminta memastikan baki kad Contact ‘n Go dan eWallet mencukupi sebelum memulakan perjalanan.


Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.



Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Articles