Selepas Zeekr, Geely kini melancarkan satu lagi jenamanya di Thailand iaitu Riddara, bermula dengan trak pikap Riddara RD6. Di China, jenama ini dikenali sebagai Radar dan menghasilkan model-model “kenderaan gaya hidup elektrik”, namun untuk pasaran world nama tersebut terpaksa ditukar kepada Riddara kerana permohonan Geely untuk mendapatkan tanda dagang gagal disebabkan nama “Radar” telah digunakan oleh syarikat tayar dari Singapura, Omni United yang telah memegang hak untuk jenama Radar Tires.
Tempahan untuk Riddara RD6 ini sudahpun dibuka pada bulan lalu, dan ia kini merupakan trak pikap EV pertama di Thailand yang sememangnya menjadi ‘lubuk’ untuk model-model trak pikap. Ia ditawarkan dengan harga bermula 899,000 baht (RM117,000) untuk mannequin asas motor tunggal pacuan roda belakang bersama bateri paling kecil 63 kWj, diikuti mannequin RWD dengan bateri 73 kWj berharga 999,000 baht (RM130,000).
Manakala mannequin dua motor pacuan semua roda pula dijual pada harga bermula 1,149,000 baht (RM149,600) untuk versi dengan bateri 73 kWj, dan varian tertinggi AWD dengan bateri 86 kWj pula dijual pada harga 1,299,000 baht (RM169,000).
RD6 diasaskan dari Multiplex Hooked up Platform (MAP), iaitu salah satu varian platform yang dihasilkan dari platform Sustainable Expertise Structure (SEA), yang menampilkan konfigurasi suspensi topang McPherson di hadapan dan multilink di belakang.
Apa yang menarik, trak pikap ini menggunakan ‘kepala’ SUV Geely Haoyue/Okavango/Proton X90, berkongsi komponen seperti kedua-dua fender hadapan, penutup bonet dan juga lampu hadapan. Mannequin yang dijual pada pasaran Thailand ini menampilkan gril dengan skrip ‘Riddara’ bersaiz besar, pilihan bumbung hitam, dan juga rim aloi 18-inci dua-tona dengan rekaan elemen berbentuk-segitiga.
Ia juga telah menerima papan pemuka, konsol tengah dan panel pintu baharu yang berbeza dengan mannequin awalan Radar RD6 yang dijual di China, menampilkan komponen-komponen yang turut dikongsi dengan SUV Geely Haoyue. Ia juga diberikan paparan instrument digital 10.25-inci dan skrin infotainmen berdiri sendiri. Manakala pengecas telefon pintar tanpa wayar Qi diberikan untuk semua mannequin kecuali varian asas.
Unit rangkaian kuasa RD6 ini juga masih dikongsi bersama model-model dari platform SEA yang lain seperti good #1, Volvo EX30 dan Zeekr X. Oleh itu mannequin pacuan belakang menerima motor elektrik tunggal berkuasa 272 PS dan tork maksima 385 Nm, sementara mannequin pacuan semua roda menerima satu lagi motor pada gandar hadapan bagi menghasilkan kuasa keseluruhan 428 PS dan tork 590 Nm.
Ini membolehkan mannequin pacuan belakang memecut dari 0-100 km/j dalam masa 7.3 saat, manakala mannequin AWD dapat membuat pecutan sama hanya dalam masa 4.5 saat. Bagi model-model dengan bateri 63 dan 73 kWj, ia menerima bateri dari jenis litium logam fosfat (LFP), manakala bateri 86 kWj pula adalah dari jenis nikel mangan kobalt (NMC).
Oleh itu varian asas pacuan roda belakang boleh bergerak sejauh 373 km untuk sekali cas, manakala versi 2WD dengan bateri 73 kWj pula mampu mencapai perjalanan 461 km. Seterusnya mannequin AWD dengan bateri 74 kWj pula boleh bergerak sejauh 424 km, manakala varian AWD 86 kWj boleh bergerak sejauh 455 km. Semua bacaan ini dalah dalam kitaran NEDC.
Untuk mengecas pula, model-model yang menerima bateri LFP 63 kWj boleh menampung pengecas DC pantas sehingga 90 kW, membolehkan cas dari 30% hingga 80% dipenuhkan dalam masa 32 minit. Manakala mannequin yang menerima bateri LFP 73 kWj pula boleh menerima sehingg 110 kWj, dan cas yang sama boleh dipenuhkan dalam masa 30 minit.
Bagi mannequin yang dibekalkan dengan bateri NMC 86 kWj, ia hanya boleh menerima pengecas pantas DC sehingga 100 kW, di mana cas 30% hingga 80% dapat dipenuhkan dalam masa 32 minit. Kesemua varian turut boleh menerima pengecas AC 6.6 kW, di mana bateri 63 kWj boleh dipenuhkan dari 20% hingga 100% dalam masa 7.8 jam, 73 kWj dalam masa 9.3 jam dan 86 kWj dalam masa 11 jam.
Kesemua varian RD6 ini menampilkan mattress belakang dengan kapasiti 1,200 liter serta boleh membawa beban 1,030 kg – setanding dengan trak-trak pikap 1 tan dengan enjin pembakaran dalaman yang lain. Mannequin pacuan roda belakang boleh meredah air pada kedalaman 500 mm dengan kapasiti menunda 2,500 kg.
Manakala mannequin AWD pula boleh meredah lebih dalam iaitu 815 mm serta kapasiti menunda 3,000 kg dan ditambah dengan mod pemanduan Snow, Mud, Cross-Nation dan Water Wading. Mannequin paling berkuasa ini turut menerima ruang however hadapan dengan kapasiti 70 liter.
Antara kelengkapan commonplace yang diberikan termasuk lampu hadapan dan belakang LED penuh, rim aloi 17-inci, sistem pendingin hawa dua-zon, tempat duduk pemandu larasan kuasa enam-hala, upholsteri kulit sintetik, skrin sesentuh 12.3-inci, fungsi Apple CarPlay dan Carbitlink, empat pembesar suara dan kamera undur.
Bagi varian 73 kWj pula ia ditambah dengan perincian seperti rim aloi 18-inci, sistem kemasukan tanpa kunci, tempat duduk penumpamg hadapan larasan kuasa, skrin sesentuh 14.6-inci, lampu pada mattress, aplikasi kawalan jarak jauh, enam pembesar suara dan kamera 360-darjah dengan mod “telus”. Ia juga diberikan fungsi vehicle-to-load (V2L) 22 kW, termasuk 15 kW menerusi port pengecas, 6 kW meneruis port 230-volt pada mattress belakang dan 2.2 kW menerusi dua lagi soket 230-volt pada however hadapan dan kabin.
Mannequin spesifikasi AWD pula menerima gril hadapan yang bernyala, pemijak sisi, liang pada tempat duduk hadapan dan belakang, tempat duduk yang boelh dibaringkan dengan sat sentuhan dan lapan pembesar suara. Manakala mannequin AWD dengan bateri 86 kWj pula boleh dikenali dengan penambahan rel bumbung aluminium dan tangga yang boleh ditarik pada pintu tailgate belakang.
Mannequin asas hanya menerima empat beg udara, sementara varian lain pula dibekalkan dengan enam beg udara. Juga kecuali mannequin asas, varian lain diberikan sistem bantuan pemanduan termaju (ADAS) dengan fungsi seperti brek kecemasan automatik, cruise management adaptif dengan cease & go, bantuan kekal tengah lorong, amaran pergerakan hadapn, pemantau titik buta, amaran lintasan trafik belakang dengan brek automatik, amaran pelanggaran belakang dan juga amaran buka pintu.
Dengan pelancaran Riddara RD6 dalam versi pemanduan sebelah kanan di Thailand ini telah membuka kemungkinan bahawa ia akan turut bakal ditawarkan pada pasaran ASEAN yang lain. Ada yang berharap agat mannequin ini dilancarkan di Malaysia?
Seeking to promote your automobile? Promote it with Carro.